Sarawak Food 4U

it's all about food.

Sunday, April 19, 2009

Sup Terung Asam

Bahan-bahan

* Terung asam(bulat warna kuning)
* i biji bawang besar
sebatang serai
2 helai daun kunyit
* Ikan terubuk masin sarawak(ikan masin lain pun boleh)

Cara-cara

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak, apabila minyak dah panas masukkan bawang besar yang dihiris, masukkan serai dan daun kunyit. Tuang air. Setelah mendidih masukkan ikan masin dan terung.
2. Kemudian reneh sampai terung masak. Akhirnya masukkan garam dan perasa. Ikut rasa masing-masing.

Tuesday, February 17, 2009

Lempah Ikan

Bahan-Bahan:


1 ekor ikan Bawal/Baung/ Senangin sederhana besar atau apa-apa ikan yang sedap dibuat masak asam

1 inci kunyit hidup

2 batang serai

2 biji terung asam( kalau tak ada ganti dengan asam keping)

2 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

5 biji cili hidup dan

Sedikit belacan

Cara-cara :


Tumbuk kunyit, cili, bawang merah, bawang putih dan belacan. Serai dititik. Setelah itu masukkan ke dalam periuk. Kemudian masukkan air kira-kira satu liter. Selepas tu masukkan serai dan terung asam. Apabila hampir mengelegak masukkan ikan dan bubuh garam secukup rasa.

Cadangan Hidangan:


Sedap dimakan dengan nasi panas

Wednesday, February 4, 2009

Mee Sapi

Bahan-bahan

  • 100gm mee wantan/mee kolok
  • 100gm daging lembu
  • 5 batang daun bawang (potong sederhana panjang)
  • 30gm taugeh
  • Sebungkus perencah bak kut teh (boleh didapati di semua sepermarket. Pastikan halal punya). Di dalamnya ada ginseng dan bahan lain. Perencah sup herba. Cari logo halal
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2L air
  • 1 1/2 sudu besar garam

Cara-cara

  1. Basuh mee wantan dengan air untuk melerai atau supaya mee tidak melekat dan toskan.
  2. Tuangkan 2L air ke dalam periuk dan biar air mendidih kemudian masukkan perencah bak kut teh serta garam dan kacau.
  3. Apabila aroma sup sudah naik, masukkan sos tiram dan dibiar mendidih selama 2 minit.
  4. Potong daging lembu tadi nipis-nipis supaya cepat masak. Kemudian masukkan daging lembu yang sudah dipotong tadi ke dalam sup dan masak selama 15 minit dengan api sederhana besar.
  5. Angkat daging lembu tadi dan asingkan . Masukkan taugeh untuk dimasak selama 30 saat kemudian angkat.
  6. Masukkan mee wantan tadi ke dalam mangkuk dan letak taugeh tadi ke atasnya. Susun daging di atas taugeh kemudian tuangkan sup tadi ke atasnya.
  7. Letakkan daun bawang yang sudah dipotong tadi. Mee sapi sedia untuk dimakan.

Mee Kari

Bahan-bahan

BAHAN KUAH

  • 8 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 500 gm keledek merah (direbus dan dikisar sampai hancur)
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
  • 4-5 sudu besar kari BABAs (apa2 jenis pun boleh)
  • tepung cili
  • garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu besarminyak masak
BAHAN-BAHAN LAIN
  • 1 kilo mi kuning (dicelur)
  • tauge (dicelur)
  • 5 biji telur rebus dan dibelah dua
  • sedikit daging yg tlh direbus Air rebusan digunakan untuk dimasukkan ke dalam kuah. (dipotong dadu kecil)
  • tauhu goreng (dihiris)
  • limau kasturi
  • sawi (dicelur)
  • Lain2 utk Hiasan : daun bawang, daun sup, bawang goreng, cili merah
CARA-CARA MENYEDIAKAN
  • Untuk memasak kuah, kisar kesemua bahan untuk tumisan sampai lumat
  • Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis bahan2 yg tlh dikisar tadi sampai wangi. Kacau lagi sampai keperangan.
  • Masukkan pes kari dan tumiskan sampai pecah minyak. Perlahankan api ketika menumis.
  • Masukkan sedikit air rebusan daging .
  • Kemudian masukkan keledek yg telah dikisar bersama air yg secukupnya. Kacau rata2 dan biarkan mendidih.
  • Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau perlahan2. Selepas itu, masukkan pula garam dan gula secukup rasa. Kacau lama sedikit sehingga kuah masak dan pekat.
  • Di dalam mangkuk, masukkan mi dan bahan2 lain dan tuangkan kuahnya serta hiaskan dgn daun bawang, daun sup, bawang goreng dan cili merah.
  • Hidangkan panas2.
  • Boleh diganti dgn ayam, udang, fishcake dsbnya.

Rojak Tambi

ROJAK TAMBI

Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 sudu kecil garam
155-165 ml air
3 biji bawang merah, dicincang halus
minyak untuk menggoreng

Satukan tepung, garam, dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang. Bentukkan kecil-kecil. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.

Bahan Sampingan:
8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris digoreng keperangan
4 biji telur, direbus dihiris
1/2 peket mihun(dicelur)

Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 sudu kecil serbuk penaik
sedikit pewarna kuning
kacang dal direbus dan dikisar
beberapa batang kacang panjang dihiris halus
1 sudu kecil gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Bahan Kuah:
900 g keledek
2.5 liter air
1 sudu besar asam jawa
sedikit ml air
sedikit ml minyak
4 biji bawang merah, dikisar
3 biji cili merah, dibuang kulit dikisar
1 1/2 sudu kecil serbuk cili
1/3 sudu kecil garam
6 sudu besargula
50 g kacang tanah, digoreng dikisar halus

Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan sedikit ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, Masak lagi hingga terbit minyak.

Laksa Sarawak

BAHAN-BAHAN

  1. 400 gm pes laksa Sarawak
  2. 2 bungkus bihun
  3. 500 gm udang basah
  4. 3 ketul dada ayam
  5. 500 ml santan pekat (1 tin santan cream)
  6. 8 biji telur ayam
  7. 2 sudu besar sos tiram
  8. Garam, gula
BAHAN-BAHAN
  1. 500gram tauge
  2. Daun ketumbar
  3. Limau kasturi @ lemon
  4. SAMBAL BELACAN
  5. 15 biji cili padi/cabai burung
  6. sedikit belacan (belacan Sarawak)
  7. Sedikit air perahan limau@lemon
  8. Garam & gula
CARA-CARA MENYEDIAKAN
  1. Rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak & empuk. Angkat & carik2.
  2. Dalam air rebusan yg sama masukkan udang. Jgn biar lama sangat. Angkat & toskan.
  3. Air rebusan jgn buang, terus masukkan pes laksa sarawak ke dalamnya.
  4. Tunggu sehingga mendidih, masukkan santan pekat.
  5. Masukkan bahan2 perasa seperti sos tiram, garam dan gula . Biar mendidih seketika.
  6. Sementara itu celurkan bihun & taugeh.
  7. Goreng dadar telur. Kemudian gulung & hiris nipis2.
  8. Untuk sambal belacan. Tumbuk cili dan belacan. Tambahkan garam, gula & perahan limau@lemon

CARA HIDANGAN
  1. Ambil sedikit bihun. sedikit tauge, isi ayam yg telah dicarik, telur dadar yg telah dipotong, udang, daun ketumbar dan sambal belacan. Masukkan kuah laksa sarawak yg masih panas. Perah limau/lemon. Sedia untuk dimakan ketika panas2.

Mee Kolok

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang putih dicincang
  • 60 gram daging yang telah direbus dan dihiris.
  • ½ sudu the kicap soya
  • Sedikit garam untuk perasa


Minyak perasa:

  • 2 sudu teh minyak bawang putih
  • Sedikit cuka
  • Sedikit minyak bijan
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 250 gram mee kolok/ mee wantan
  • 50g bebola ikan
  • 6 ekor udang
  • 20 gram sawi


Hiasan:

  • 1 sudu bawang goreng
  • 1 tangkai daun bawang

Sambal:
  • 1 biji cili besar yang dipotong
  • 1 sudu kicap cair


Cara-cara:


Panaskan minyak. Kemudian masukkan bawang putih hingga kekuning-kuningan. Masukkan hirisan daging, minyak bijan dan kicap soya. Bubuh garam dan rasa secukupnya. Kemudian asingkan ke dalam mangkuk..

Dalam mangkuk lain gaulkan minyak bawang putih, cuka dan kicap cair.

Celurkan mee dalam air panas sehingga mee menjadi lembut. Kemudian basuh dengan air sejuk . Celur mee sekali lagi dan toskan Kemudian gaulkan ke dalam mangkuk campuran minyak bawang putih tadi. Setelah itu masukkan ke dalam pinggan.

Celur udang dan sawi selama beberapa minit. Kemudian campurkan udang, daging dan sawi ke dalam mee.

Hias dengan bawang goreng dan daun bawang. Mee sedia untuk dihidangkan. Jika ada sup lebih sedap .